Satu lagi RTC (Rural Transformation Center) negara selepas RTC Gopeng dilancarkan di Wakaf Che Yeh pada 5 Mac 2012 oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. RTC adalah salah satu Program Transformasi Luar Bandar bertujuan bagi membantu meningkatkan ekonomi petani, nelayan, dari usahawan luar bandar. RTC ini dikenali sebagai TEMAN (Terminal Agribines Negara) yang dibangunkan oleh FAMA. Sila kunjungi www.rtc.my untuk maklumat lanjut.
KOTA BHARU 4 Mei 2012- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong bakal meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya golongan petani dan nelayan.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, RTC Kelantan pada masa kini berupaya mencatatkan jualan sebanyak RM20 juta sebulan, berbanding sekitar RM1.2 juta di RTC Gopeng, Perak.
Beliau berkata, hasil perancangan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat Kelantan membolehkan 405 peniaga berniaga di pusat tersebut ketika ini dan keuntungan yang dicatatkan menyaksikan tapak perniagaan di situ menjadi rebutan para peniaga.
Jelasnya, RTC Kelantan yang kedua dilancarkan dalam negara, merupakan antara agenda transformasi kerajaan bagi membantu masyarakat luar bandar, berbanding pendekatan demonstrasi jalanan yang diambil oleh pembangkang.